ADUN Sadong Jaya Tinjau Projek Tali Air Di Kampung Pelandok Ulu

ISNIN, 26 APRIL 2021

SADONG JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo telah mengadakan tinjauan kerja-kerja menggali dan mendalamkan tali air sedia ada di Kampung Pelandok Ulu, Sadong Jaya pada Ahad.

Hasil tinjauan tersebut, Aidel Lariwoo berkata, kerja-kerja yang dijalankan berjalan lancar dan apabila siap kelak ia bakal memberi manfaat kepada petani di kampung tersebut dan kampung berdekatan.

“Saya juga berharap agar matlamat mengatasi masalah sistem perparitan serta mengurangkan risiko berlaku banjir kilat dapat diatasi,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, penduduk kampung juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN Sadong Jaya kerana berusaha gigih untuk menyelesaikan masalah sistem perparitan dan masalah banjir kilat di kawasan tersebut. –EDISI UKAS

Share

add comment