ADUN Saribas Mahu Projek Dilaksana Ikut Spesifikasi, Piawaian

ISNIN, 26 APRIL 2021

DEBAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohd Razi Sitam mahu setiap projek yang dilaksanakan mementingkan spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan.

Ujarnya, salah satu faktor utama kebanyakan penduduk kecewa apabila terdapat kontraktor memandang remeh projek yang telah diberikan oleh agensi yang terlibat.

Sementara itu, semasa tinjauan dilakukan ke atas Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Saribas memasang jubin di Rumah Panjang Entawa di Dit, Debak, mendapati penduduk menzahirkan rasa puas hati dengan hasil projek.

Pada masa yang sama mereka turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mohd Razi di atas usaha beliau meluluskan peruntukan untuk projek tersebut.

Dalam pada itu, tinjuan juga mendapati projek tempat parkir Rumah Panjang Sengalang di Debak kini telah siap 30 peratus.

Projek tersebut menelan kos sebanyak RM100,000.-EDISI UKAS

Share

add comment