Agihan 300 Paket Bantuan Makanan Sempena Program Sentuhan Rohani Ramadan

ISNIN, 26 APRIL 2021

SRI AMAN: Sebanyak 300 paket bantuan makanan telah diagihkan oleh Pusat Khidmat Batang Lupar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, pada Isnin.

Agihan bantuan makanan daripada Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim yang diwakili Penyelaras Kawasan DUN Lingga, Zeliha Jamal telah diserahkan kepada ketua-ketua kampung bagi mereka yang memerlukan.

“Program ini merupakan program tahunan menjelang bulan Ramadan.

“Pusat Khidmat Batang Lupar akan membuat agihan di setiap kawasan Batang Lupar,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban yang dihadapi oleh golongan asnaf sepanjang bulan Ramadan dan juga pandemik COVID-19. –EDISI UKAS

Share

add comment