Ahli Parlimen Tanjong Manis Serah Sumbangan Sempena Ramadan

ISNIN, 26 APRIL 2021

SARIKEI: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab telah menyampaikan sumbangan buah kurma sempena bulan ramadan untuk penduduk di kawasan Sarikei pada Isnin.

Sumbangan diserahkan kepada ketua kaum dan wakil daripada setiap kawasan untuk diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang beragama Islam.

Aktiviti tersebut akan bersambung untuk warga muslim di seluruh kawasan Parlimen Tanjong Manis.

Kesempatan itu turut digunakan Ir Yusuf untuk mengingatkan penduduk agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan pandemik COVID-19.-EDISI UKAS