BPP Bau Lakukan Sanitasi Awam Di SMK Singai

ISNIN, 26 APRIL 2021

BAU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau telah melakukan sanitasi awam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Singai pada Isnin.

Ketua BBP Bau, Tawang Lingem berkata, tujuan sanitasi awam dilakukan adalah bagi membersihkan sekolah itu daripada jangkitan wabak COVID-19 berikutan dua orang pelajarnya didapati positif COVID-19.

Beliau berkata, proses sanitasi yang melibatkan sembilan anggota bomba itu bermula pada pukul 8.30 pagi dan membabitkan dua bilik kelas dan satu bilik makmal.

“Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bau juga membuat permohonan  melakukan sanitasi,” katanya. –EDISI UKAS

Share
0