Datuk Roland Serah Peruntukan Khas Perdana Menteri Di DUN Tarat

ISNIN, 26 APRIL 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah menyerahkan peruntukan khas daripada Perdana Menteri bagi tahun 2021 di Kampung Mundai, Serian pada Ahad.

Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Tarat itu turut menyampaikan cek berjumlah RM10,000 bagi pengurusan dan program ‘ladies guild’ Kampung Mundai.

Dalam majlis yang sama, beliau juga menyerahkan cek RM10,000 bagi program dan aktiviti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) kampung tersebut.

Selain itu, Datuk Roland juga menyerahkan cek RM10,000 bagi peruntukan kewangan untuk program atau aktiviti Unit Saberkas Kampung Simpok.

Dalam pada itu, beliau telah menyerahkan sumbangan dana RM10,000 untuk program dan aktiviti komuniti JKK Kampung Sarig. –EDISI UKAS

Share

add comment