Dewan Terbuka SK Nanga Buku Telah Siap

ISNIN, 26 APRIL 2021

PAKAN: Projek bina baharu Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Buku, inisiatif di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom kini telah siap sepenuhnya.

Projek bernilai RM250, 000 itu bermula pada 16 September 2020 dan siap pada 15 Februari 2021, mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Simbolik penyerahan projek disempurnakan Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei, Wong Qing Hsian kepada Guru Besar SK Nanga Buku, Mohd Sofian Abdullah@Layang Kasi, pada Isnin.-EDISI UKAS

Share

add comment