JAKIM Dan UKAS Adakan Program Ihya Ramadan Melebar Risalah, Menyantuni Ummah Dan Penyerahan Juadah Berbuka Puasa Daerah Lawas

ISNIN, 26 APRIL 2021

LAWAS: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Daerah Lawas dengan kerjasama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) telah mengadakan Program Ihya Ramadhan Melebar Risalah, Menyantuni Ummah, Penyerahan Juadah Berbuka Puasa di Daerah Lawas baru-baru ini. 

Dalam program itu, kedua-dua agensi itu telah menyerahkan juadah berbuka puasa ke beberapa pejabat iaitu Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Mahkamah Syariah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM), Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Pejabat Pos, kedai gunting rambut muslim dan muslimah, dan rider Food Panda. 

Menurut Pengetua Pusat Latihan JAKIM Lawas Ustaz Sheikh Hadzrei Adam Saberi, penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan norma baru kehidupan. 

“Selain itu, mengukuhkan hubungan silaturrahim di antara JAKIM, UKAS Lawas dan agensi-agensi Islam Daerah Lawas.

“Dan, berkongsi rezeki di kalangan penunggang ‘food panda’ sempena bulan yang mulia ini,” katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment