Jambatan Bailey Buso-Musi Selesai Dipasang, Bakal Siap Sebelum Hari Raya

ISNIN, 26 APRIL 2021

BAU : Berdasarkan perkembangan terkini  daripada laman Facebook Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru pada Isnin, Jambatan Bailey Buso-Musi berjumlah RM3.88 juta kini selesai dipasang dan dijangka siap sepenuhnya sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Dalam masa yang sama, Lapisan Asas Jalanraya (Road Base) dari Kampung Seberang Buso menuju ke Musi juga dilaporkan telah siap.

Projek berpaksikan rakyat tersebut akan membuka dan mewujudkan lebih banyak kegiatan ekonomi dalam kalangan penduduk di kawasan itu. -EDISI UKAS

Share

add comment