JKM Bahagian Miri Agih Bantuan Makanan Kepada Rumah Freddy Randi

ISNIN, 26 APRIL 2021

BAKONG: Rumah Freddy Randi yang terletak di Batu 18, Bukit Song, Bakong dalam Daerah Beluru telah dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan. 

Perintah Sekatan Pergerakan itu bermula dari 21 April hingga 5 Mei susulan ada di kalangan penduduk mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

Sehubungan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri telah mengagihkan 36 bantuan makanan yang terdiri daripada makanan asas, 5 pek susu dan lampin pakai buang pada baru-baru ini.

Bantuan ini adalah untuk tempoh 14 hari. -EDISI UKAS

Share

add comment