Lanjut PKPD, Penduduk Rumah Alias Bon Terima 174 Pek Bantuan Makanan

ISNIN, 26 APRIL 2021

NIAH: Rumah Alias Bon telah dilanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 5 Mei.

Susulan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri telah mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk yang terlibat pada baru-baru ini.

Sebanyak 174 pek makanan, 16 lampin pakai buang dan 14 paket susu diagihkan kepada penduduk bagi keperluan selama 14 hari. -EDISI UKAS

Share

add comment