Lapan Ketua Kaum Zon Gedong Terima Surat Pelantikan Semula

ISNIN, 26 APRIL 2021

GEDONG: Menteri Muda Perdagangan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd. Naroden Majais telah menyerahkan surat pelantikan semula kepada lapan orang ketua kaum di Zon Gedong dan Pangkor pada Ahad.

Mereka yang menerima surat pelantikan semula tersebut adalah Ketua Kaum Kampung Ulu Gedong, Busrah Ahmad, Ketua Kaum Kampung Tengah Hilir, Manja @ Adenan Chipet, Ketua Kaum Kampung Sungai Ba, Sapiee Dawi, Ketua Kaum Kampung Benat Hilir, Rangga Intebon, Ketua Kaum Kampung Sateman Iban, Lubong Baba, Ketua Kaum Kampung Tanjong Tanglong, Zet Hamid, Ketua Kaum Kampung Perintah/Masjid, Ena Abang Usop dan Ketua Kaum Benat Ulu, Gubil Padat.

Turut diserahkan, sijil pelantikan bagi jawatan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk Kampung Sungai Ba, Tanjong Tanglong, Lubok Punggor dan Lubuk Buntin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap dan Penghulu Gedong, Abang Roni Abang Saadeli.

Share

add comment