Lawatan Tapak Projek RTP 2021 ADUN Simunjan

ISNIN, 26 APRIL 2021

KOTA SAMARAHAN: Pihak Pejabat Daerah Asajaya telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2021, pada Isnin.

Lawatan turut disertai agensi pelaksana iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan dan Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan bagi meninjau 18 buah projek RTP berjumlah RM2,430,000 tersebut.

Senarai projek yang dilaksanakan pada tahun ini adalah Bina Semula Sistem Perparitan Dan Culvert Kampung Sungai Buluh, Membina Sistem Perparitan Dan Pentas Sekolah Kebangsaan (SK) Terasi, Pembersihan Parit Di Kampung Senangeh, Bina Baru Sistem Perparitan Konkrit Kampung Sungai Bundong, Membina Parit Konkrit Dan Pagar SK Haji Bujang Rangawan Putin, Bina Baru Parit Konkrit Kampung Rangawan Hilir, Bina Baru Sistem Perparitan Konkrit Kampung Sungai Putin, Membina Rumah Kegiatan Wanita Kampung Rangawan Hulu, Menambah Ruang Pusat Sumber Kampung Rangawan Hulu, Bina Baru Dewan Terbuka Serta Bumbung Rumah Serbaguna Wanita Kampung Rangawan Hilir, Naiktaraf Masjid Darul Salam Kampung Tanjung Kelaso, Bina Baru Rumah Serbaguna Wanita Kampung Tanjung Kelaso, Baikpulih Dewan Kampung Rangkang, Bina Baru Jalan Kampung Sungai Bundong, Naiktaraf Dua Buah Jambatan Konkrit Kampung Terasi, Bina Baru Dewan Kampung Terasi Iban, Naiktaraf Jalan Kebun Kampung Senangeh dan Naiktaraf Tempat Letak Kenderaan Kampung Sungai Buluh.

Lokasi projek pula terletak di Kampung Sungai Buluh, SK Terasi, Kampung Senangeh, Kampung Sungai Bundong, SK Haji Bujang Rangawan Putin, Kampung Rangawan Hilir, Kampung Sungai Putin, Kampung Rangawan Hulu, Kampung Tanjung Kelaso, Kampung Rangkang, Kampung Terasi dan Kampung Terasi Iban. –EDISI UKAS

Share

add comment