Masalah Air Muncul Dari Tanah Di Jalan Utama Kelupu, Bintangor Dikenalpasti, Segera Diatasi

ISNIN, 26 APRIL 2021

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bersama beberapa agensi kerajaan pada Isnin telah melakukan pemeriksaan di Jalan Utama Kelupu lampu isyarat Bintangor susulan kemunculan air dari bawah tanah di kawasan tersebut.

Menurut Datuk Ding, air yang muncul dari tanah itu telah menyebabkan kerosakan di permukaan jalan berkenaan dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di Meradong.

Jelas Datuk Ding lagi, pemeriksaan dijalankan bersama wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Majlis Derah Meradong Dan Julau (MDMJ) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) itu bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu berkenaan.

Katanya, hasil pengorekan tanah mendapati terdapat air pasang bertakung di bawah tanah dan menjadi punca kepada masalah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak MDMJ agar segera melakukan kerja-kerja pembukaan parit di tepi jalan supaya air pasang dapat mengalir keluar melalui parit yang berdekatan.

Dalam pada itu, Datuk Ding berkesempatan melawat Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah diluluskan Kerajaan Sarawak iaitu menaiktaraf jalan dari SK St Augustine ke simpang lampu isyarat dengan kos bernilai RM500,000. – EDISI UKAS

Share

add comment