Pengagihan Bubur Lambuk Kampung Semerah Padi Fasa 2

ISNIN, 26 APRIL 2021

KUCHING: Kampung Semerah Padi Fasa 2 baru-baru ini tidak ketinggalan mengadakan program pengagihan bubur lambuk bersempena bulan Ramadan.

Program ringkas anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) Kampung Semerah Padi Fasa 2 itu juga bukan sahaja memupuk amalan bersedekah, malah menjadi satu acara memeriahkan sambutan Ramadan tahun ini.

Menariknya, pengagihan bubur lambuk tersebut turut disertai Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau berpeluang beramah mesra bersama penduduk setempat disamping mengambil maklum mengenai permasalahan yang ada di kawasan itu. -EDISI UKAS

Share

add comment