Pusat Khidmat Tanjong Datu Serah Bantuan Makanan Kepada Pelajar SMK Lundu Yang Dikuarantin

ISNIN, 26 APRIL 2021

LUNDU: Seramai 38 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu yang menjalani kuarantin menerima bantuan makanan pada Isnin.

Sumbangan daripada Pusat Khidmat Tanjong Datu itu dihantar ke pusat kuarantin pelajar terbabit, SALCRA Bajo Training Centre.

Ia diserahkan oleh Bendahari PBB Tanjong Datu, Kaunselor Fatimah Abdullah kepada pihak pengurusan pusat kuarantin berkenaan untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Turut hadir Pengerusi Tetap PBB Tanjong Datu, Aniza Bentani.-EDISI UKAS

Share

add comment