Residen Bahagian Serian Tinjau Pejabat Daerah Tebedu Yang Baharu

ISNIN, 26 APRIL 2021

SERIAN: Residen Bahagian Serian, Tuah Suni telah meninjau Pejabat Daerah Tebedu yang baharu pada Isnin bagi memastikan segala kelengkapan mencukupi dan siap sepenuhnya sebelum beroperasi menjelang Jun 2021.

Jelasnya, Pegawai Daerah perlu sentiasa peka dan bersiap sedia berdepan dengan segala kemungkinan daripada wakil rakyat menjelang Plihan Raya Negeri (PRN) ke-12 nanti sekiranya pejabat daerah baharu itu dijadikan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi.

Dalam pada itu, beliau juga sempat melawat ke Dewan Masyarakat Tebedu yang akan dijadikan sebagai Pusat Program Vaksinasi pada Mei 2021.

Katanya, tarikh dan masa program vaksinasi akan ditentukan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Serian.

Ujar beliau, pusat vaksinasi itu adalah merupakan yang pertama di luar bandar khasnya untuk penduduk di daerah Tebedu sahaja. –EDISI UKAS