Sanitasi Awam Di S.K St. Stephen, Bau

ISNIN, 26 APRIL 2021

BAU: Pihak Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau melakukan sanitasi awam di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Stephen di sini pada Isnin.

Proses sanitasi melibatkan tiga anggota BBP Bau tersebut bermula jam 2.30 petang membabitkan luar dan dalam bilik kelas, dewan, bilik pentadbiran, bilik guru dan tandas.

Ini merupakan permintaan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bau berikutan dua orang pelajar dari keluarga yang sama di situ merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

Turut disanitasi adalah taman permainan dan sebuah blok bangunan Tadika St. Francis Bau berhampiran sekolah tersebut.-EDISI UKAS

Share

add comment