Tiga Persatuan Belia Di Sri Aman Terima Geran Kerajaan

ISNIN, 26 APRIL 2021

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri menyampaikan sumbangan geran kerajaan kepada tiga persatuan belia di sini pada Isnin.

Geran kerajaan berjumlah RM3,000 masing-masing telah diserahkan kepada Persatuan Anak Perantau Simanggang, Kelab Belia Maju Simanggang dan Persatuan Bola Sepak Sri Aman di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga.

Dalam majlis itu, Simoi berharap sumbangan tersebut dapat membantu persatuan atau kelab mereka dalam menjalankan aktiviti tahunan.

Hadir sama, wakil Kelab Belia Maju Simanggang, Asrul Buanie dan wakil Persatuan Bola Sepak Sri Aman Alfian Abu Bakar. -EDISI UKAS

Share

add comment