100 Individu Positif COVID-19 Tidak Dapat Dikesan Di Bintulu Menyerah Diri

SELASA, 27 APRIL 2021

BINTULU: Isu membabitkan 100 individu positif COVID-19 yang tidak dapat dikesan sebelum ini telah menyerah diri.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung berkata, kesemua mereka telah menghubungi dan menyerah diri kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu pada Isnin. 

“Pesakit-pesakit itu telah berhubung sendiri dengan pihak Pejabat Kesihatan Bintulu untuk menyerah diri.

“Mereka juga bersetuju mendapat rawatan di Hospital Bintulu. 

“Dalam mengesan mereka, kita telah mendapat bantuan daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengesan pesakit-pesakit yang tidak dapat dihubungi,” katanya dalam sidang media yang diadakan di di Pejabat Residen Bahagian Bintulu pada Isnin.

Terdahulu pada Ahad, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing dalam laman sosial Facebooknya telah mendedahkan 100 individu positif COVID-19 di Bintulu di antara 12 April dan 21 April lalu tidak dapat dikesan atau dihubungi kerana memberikan maklumat peribadi palsu.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat, Ketua Polis Daerah Bintulu Supt. Zulkipli Suhaili dan Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid. -EDISI UKAS
-EDISI UKAS

Share

add comment