300 Pek Bubur Lambuk Diagihkan Kepada Penduduk Kampung Beraya Dan Petugas Barisan Hadapan

SELASA, 27 APRIL 2021

MIRI: Sebanyak 300 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Kampung Beraya baru-baru ini. 

Pengagihan Bubur Lambuk SABERKAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat. 

Selain penduduk Kampung Beraya, bubur lambuk itu turut diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya Bakam.

Ini merupakan acara tahunan yang diadakan SABERKAS DUN Lambir bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan. 

Hadir sama Kaunselor Asli dan Kaunselor Annie. -EDISI UKAS

Share

add comment