ADUN Gedong Lawat Rumah Rehat Pertama Di Ulu Simunjan

SELASA, 27 APRIL 2021

GEDONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais telah melakukan lawatan dan tinjauan kerja pembinaan rumah rehat pertama di kawasan Ulu Simunjan, Gedong yang kini hampir siap sepenuhnya.

Pembinaan rumah rehat ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada orang ramai terutama pegawai dan kakitangan kerajaan untuk bermalam apabila mereka menjalankan tugas lapangan.

Rumah rehat yang mempunyai empat bilik itu terletak di Kampung Gayau Simpang Munggu Lalang dan kini dalam proses kerja terakhir dengan penyediaan bekalan air bersih, pagar dan tempat letak kereta.

Turut hadir bersama mengiringi lawatan Datuk Naroden tersebut ialah Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manaf dan Ketua Kaum Kampung Gayau, Cheludi. –EDISI UKAS

Share

add comment