BBP Bau Lakukan Sanitasi Awam Di SMK Bau

SELASA, 27 APRIL 2021

BAU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau telah melakukan sanitasi awam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau pada Selasa.

Menurut Ketua BBP Bau, Tawang Lingem, khidmat sanitasi awam dilakukan atas permintaan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bau.

Ia adalah bertujuan mencegah penularan jangkitan COVID19 selepas PPD Bau menerima laporan kes positif COVID-19 di sekolah tersebut.

Proses sanitasi yang melibatkan 12 anggota BBP Bau bermula pada pukul 9.30 pagi itu membabitkan luar dan dalam bilik kelas, makmal, dewan, kantin, asrama dan tandas.-EDISI UKAS

Share

add comment