Bomba Sanitasi Stadium Tertutup Banting Lawas Sebagai PKRC

SELASA, 27 APRIL 2021

LAWAS: Stadium Tertutup Banting, Lawas telah dijadikan sebagai Pusat Rawatan dan Kuarantin COVID-19 (PKRC) baharu di Daerah Lawas. 

Ekoran itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Lawas telah melakukan sanitasi keseluruhan ruang dewan, lantai, meja dan katil di stadium tersebut pada Ahad. 

Operasi melibatkan enam orang anggota Bomba dan tiga orang staf dari Hospital Lawas bermula pada 11.15 pagi bdan berakhir 11.58 pagi. -EDISI UKAS

Share
0