HIKMAH Bintulu Agih Sumbangan Kepada 100 Golongan Asnaf Di Sekitar Bintulu

SELASA, 27 APRIL 2021

BINTULU: Seramai 100 penerima yang merupakan golongan asnaf di sekitar Bintulu akan menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas untuk sepanjang bulan Ramadan ini. 

Pengerusi HIKMAH Cawangan Bintulu Yusuff Ali telah menyampaikan sumbangan secara simbolik kepada pengerusi-pengerusi HIKMAH Ranting untuk diagihkan kepada penerima di kawasan masing-masing dalam Majlis Bakul Kasih Ramadan1442H/2021 yang diadakan di Tadika HIKMAH Bintulu pada baru-baru ini. 

Pengerusi-Pengerusi Ranting bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) dan beberapa ahli HELWA Bintulu termasuk Pengerusi HELWA mengagihkan pek-pek makanan dari rumah ke rumah yang berdekatan. 

Hadir sama Ketua Kaum Kampung Jabai Bintulu Johny, Pengerusi HIKMAH Ranting Kampung Baru Bintulu Ismail Razali, Pengerusi HIKMAH Ranting Kampung Assykirin Bintulu Zulkifli Dahlan, Pegawai Dakwah HIKMAH Bintulu Ustaz Saimon Kila dan Pengerusi HELWA Bintulu Jaleha Bujang. -EDISI UKAS

Share

add comment