Jambatan Baru Rumah Ayum Plassu, Kabong Siap Pertengahan Tahun Ini

SELASA, 27 APRIL 2021

KABONG: Satu lagi pembangunan telah dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir, dengan siapnya projek bina baru jambatan Rumah Ayum Plassu, Kabong yang menelan kos sebanyak RM250,000.

Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Kabong Tahun 2020 itu bermula pada 8 Januari 2021 dan dijadual siap sepenuhnya pada 25 Jun 2021.

Walaupun beberapa projek RTP ADUN Kabong dilaksanakan pada tahun ini, namun komitmen semua pihak termasuk agensi pelaksana, kontraktor dilantik wajar dipuji dalam memastikan projek diteruskan mengikut jadual demi kelangsungan pembangunan di kawasan DUN Kabong.

Apabila siap kelak, jambatan tersebut bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar dalam menjalani kehidupan seharian.

Mohd Chee dalam pada itu turut merakamkan jutaan penghargaan kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg kerana telah meluluskan projek di kawasan DUN Kabong. – EDISI UKAS

Share

add comment