SELASA, 27 APRIL 2021
TATAU: Penduduk di Rumah Saging telah mendapat bantuan makanan yang diagihkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu pada Ahad.
Sebanyak 77 set makanan kering telah diagihkan untuk keperluan 209 penduduk Rumah Saging selepas rumah panjang itu dikenakan pelaksanaan Pengesanan Kes Aktif dari 23 April 2021 hingga 6 Mei 2021.
Ini susulan terdapatnya penduduk yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19. -EDISI UKAS