Lapangan Terbang Baharu Mukah Siap

SELASA, 27 APRIL 2021

MUKAH: Lapangan Terbang baharu Mukah bakal menyaksikan peningkatan jaringan udara sekaligus membuka perhubungan baharu di sepanjang kawasan pesisir.

Terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Mukah, lapangan tersebut memenuhi keperluan pesawat ATR yang lebih besar.

Majlis penyerahan projek siap disempurnakan Pengurus Wilayah Tengah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Ir. Anding Unchi kepada Eksekutif Kanan Operasi Malaysia Airport Holding Berhad Abang Ya’kub Abang Joss yang mewakili Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Projek pembinaan lapangan terbang baharu itu merangkumi bangunan terminal, landasan terbang, pejabat pengurusan, kemudahan penumpang menunggu, Pejabat Penerbangan Awam Malaysia, bangunan VIP/VVIP, Bangunan A.F.R.S (Airport Fire And Rescue Service) Kategori 5, kuarters dan Stesyen Meteorologi.-EDISI UKAS