Para Jemaah Daerah Simunjan Bersyukur Dibenarkan Solat Tarawih Di Masjid Dan Surau

SELASA, 27 APRIL 2021

SIMUNJAN: Kebenaran menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau memberikan pengalaman yang bermakna kepada penduduk di daerah Simunjan apabila tidak dapat melaksanakannya tahun lalu ekoran pandemik COVID-19.

Ini juga jelas telah mengembalikan suasana Ramadan yang kini kembali meriah dengan kehadiran lebih ramai iemaah melakukan ibadah di Masjid Daerah Simunjan pada Isnin.

Sehubungan itu, semua jemaah terus kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, mengambil bacaan suhu badan, mencatat maklumat diri termasuk membawa sejadah mereka sendiri.

Walaupun Majlis Iftar dan Moreh masih tidak dibenarkan selepas bertarawih, tetapi kehadiran jemaah ke masjid sudah mencukupi menyerikan suasana bulan Ramadan tahun ini.

Justeru, para jemaah berharap agar solat sunat Aidilfitri juga dibenarkan memandangkan daerah Simunjan masih berstatus hijau.-EDISI UKAS

Share

add comment