PBB Cawangan DUN Kakus Beri Bantuan Air Minuman Dan Penutup Mulut Kepada Pelajar Dan Kakitangan SMK Ulu Balingian

SELASA, 27 APRIL 2021

ULU BALINGIAN: Pengesanan Kes Aktif (ACD) telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian, Selangau bermula 5 April lepas. 

Susulan itu, PBB Cawangan DUN Kakus telah menyampaikan sumbangan berupa 200 kotak air minuman dan 100 kotak penutup mulut kepada 426 orang pelajar asrama dan 73 orang kakitangan di SMK Ulu Balingian, Selangau baru-baru ini. 

Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan PBB DUN Kakus Jayan Kanun, Ketua Wanita PBB Cawangan DUN Kakus Rohana Abdullah dan Setiausaha Kerja PBB Cawangan DUN Kakus Conne Sigan. -EDISI UKAS

Share

add comment