PBSM Kuching Sumbang Pembersih Tangan, Topeng Muka & Pelindung Muka Kepada Penduduk Kampung Tapah

SELASA, 27 APRIL 2021

TARAT: Sebanyak 600 kotak topeng muka, 600 botol pembersih tangan dan 50 topeng muka sumbangan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Daerah Kuching diagihkan kepada penduduk Kampung Tapah.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Roland Sagah Wee Inn selaku ADUN Tarat menyerahkan sumbangan itu kepada Ketua Masyarakat di Dewan Tapah pada Selasa.

Datuk Roland Sagah yang juga Pengerusi SABERKAS Tarat ketika ditemuramah memberitahu, beliau amat berterima kasih kepada pihak PBSM Kuching atas keprihatinan mereka terhadap penduduk Tapah.

Beliau turut menyeru penduduk di Tapah untuk sentiasa berjaga-jaga dan tidak leka kerana wabak COVID-19 masih menular dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Kaunselor Chua Tok Siew berkata sumbangan yang diberikan itu akan diagihkan kepada lima persatuan di Kampung Tapah.- EDISI UKAS

Share

add comment