SELASA, 27 APRIL 2021
TINJAR: Biarpun terletak jauh di kawasan pedalaman dan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke Rumah Douglas Bungan Timban yang terletak di Sungai Temat Bain, Tinjar, penduduknya tidak pernah dilupakan dan mendapat bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri.
Sebanyak 39 pek bantuan makanan, tiga susu dan lampin pakai buang telah diagihkan kepada penduduk di Rumah Douglas Bungan baru-baru ini selepas Perintah Sekatan Pergerakan dilanjutkan untuk tempoh 14 hari lagi bermula 22 April 2021 sehingga 5 Mei 2021.
Beberapa kes positif COVID-19 telah dikesan pada ujian calitan COVID-19 kedua pada 20 April 2021 di rumah panjang berkenaan. -EDISI UKAS