Pengarah JHS Sarawak Terima Kunjungan Hormat Jabatan Audit Negeri Sarawak

SELASA, 27 APRIL 2021

KUCHING: Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Datuk Hamden Mohammad menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Audit Negeri Sarawak yang diketuai Ketua Penolong Pengarah, David @ Daud Ibo di pejabatnya pada Isnin. 

Lawatan tersebut bertujuan memaklumkan mengenai kerja-kerja pengauditan pengurusan hutan dan impak kepada alam sekitar di Sarawak.

Hadir sama Timbalan Pengarah Hutan Sarawak Jack Liam, Penolong Pengarah Hutan Abdul Wahab Ahmad, Unit Integriti dan Audit Dalaman Jabatan Hutan Sarawak Mike Marthenson Jalang Bundai dan Bryant Young Raymond Daling dan Jabatan Audit Negeri Sarawak Halil Ismail. -EDISI UKAS

Share

add comment