Perjalanan Selama 3 Jam Dari Miri Hantar Bantuan Makanan Kepada Guru Dan Pelajar Di SK Long Jegan

SELASA, 27 APRIL 2021

TINJAR: Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri telah mengambil masa selama tiga jam dari Miri ke Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jegan dengan menggunakan kenderaan pancuan empat roda bagi menghantar bantuan makanan. 

Ini selepas SK Long Jegan Tinjar, Baram yang terletak dalam Daerah Beluru telah dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan  selama 14 hari bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.

Perintah Sekatan Pergerakan dikuatkuasakan selepas beberapa orang guru di sekolah berkenaan telah dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

Sepanjang Perintah Sekatan Pergerakan itu, semua murid dan pekerja telah dikumpulkan di sekolah berkenaan bersama dengan guru di asrama sekolah untuk di kuarantin sementara menunggu ujian calitan oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa terdekat.

Mereka menerima 52 pek makanan asas, dua pek susu dan lampin pakai buang. -EDISI UKAS

Share

add comment