Projek Laluan Utama di Kampung Seberang Sebuyau Hampir Siap Sepenuhnya

SELASA, 27 APRIL 2021

SEBUYAU: Kerja-kerja pembinaan laluan utama Kampung Seberang menuju ke Pekan Sebuyau hampir siap sepenuhnya.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Seberang Sebuyau telah mengambil inisiatif membaik pulih jalan tersebut secara bergotong-royong menerusi sumbangan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

Projek membaik pulih jalan itu untuk keselamatan penduduk terutamanya memendekkan masa untuk penduduk yang tiada kenderaan bermotor dan para pelajar yang berulang-alik menggunakan laluan tersebut ke sekolah.

Selain itu, terdapat tiga lorong jalan di kawasan kampung juga dinaik taraf dan dilaksanakan oleh penduduk kampung.

Justeru, penduduk Kampung Seberang merakamkan penghargaan kepada ADUN Sebuyau bagi peruntukan membaik pulih jalan tersebut untuk kegunaan penduduk di situ. –EDISI UKAS

Share

add comment