Pusat Khidmat DUN Mambong Lawat Tapak Projek Naik Taraf Laluan Pejalan Kaki Dalam Kampung Emperoh Giam Lam

SELASA, 27 APRIL 2021

PADAWAN: Pusat Khidmat DUN Mambong serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuching pada Selasa telah melakukan tinjauan ke tapak projek menaik taraf laluan pejalan kaki dalam Kampung Emperoh Giam Lama.

Menurut Penolong Jurutera JKR Bahagian Kuching, Sheylin, lawatan itu bertujuan untuk mengenalpasti lokasi dan kerja-kerja mengukur jarak bagi menaik taraf laluan yang rosak.

Projek sepanjang 550 meter itu dijangka dilaksanakan pada tahun ini menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil sebanyak RM100,000.

Hadir semasa lawatan dan kerja-kerja penyukatan laluan tersebut Pegawai Tadbir Khas beliau, Robert Keron Mapus beserta Setiausaha Sulit, Terence Tikok.

Sementara itu, Ketua Kaum, Jacob Achoi Suim, semasa ditemui menzahirkan perasaan gembira kepada Datuk Dr Jerip kerana sentiasa prihatin dan membawa pembangunan infrastruktur ke kawasan luar bandar.-EDISI UKAS

Share

add comment