Pusat Khidmat DUN Tanjong Datu Sumbang Bakul Ramadan Kepada Golongan Asnaf Dan Mualaf

SELASA, 27 APRIL 2021

LUNDU: Pusat Khidmat DUN Tanjong Datu telah menyampaikan bakul Ramadan kepada 12 keluarga di Kampung Metang Terap dan Kuala Bandang, Lundu pada Selasa.

Bakul Ramadan itu merupakan sumbangan bantuan makanan daripada pusat khidmat tersebut bagi meringankan beban golongan asnaf dan mualaf di kawasan DUN Tanjong Datu.

Seramai 550 orang dari 22 kampung di kawasan tersebut telah menerima bakul Ramadan setakat 27 April 2021. –EDISI UKAS

Share

add comment