Pusat Khidmat Masyarakat PBB DUN Kemena Agih Bantuan Air Bersih Kepada Penduduk Rumah Philip Entalai

SELASA, 27 APRIL 2021

SEBAUH: Cuaca panas dan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) telah menyebabkan penduduk Rumah  Philip Entalai menghadapi masalah bekalan air bersih. 

Cuaca panas yang telah berterusan selama tiga minggu telah mengakibatkan air tadahan kering. 

Pada masa sama, Rumah Philip Entalai turut dilaksanakan Pengesanan Kes Aktif (ACD) selama 14 hari bermula 16 April hingga 29 April 2021 sehingga menyukarkan penduduk untuk keluar membeli bekalan air. 

Menyedari keperitan yang dihadapi penduduk, Pusat Khidmat Masyarakat PBB DUN Kemena telah bertindak segera dengan menghulurkan bantuan air bersih. -EDISI UKAS

Share

add comment