26 Keluarga Jalani Kuarantin Di Batu Kitang Terima Bantuan Makanan

RABU, 28 APRIL 2021

KUCHING : Seramai 26 buah keluarga di kawasan Batu Kitang diarah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Oleh yang demikian, tindakan pantas telah diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu kitang, Lo Khere Chiang dengan menghantar bantuan makanan dan minuman ke kawasan tersebut, pada Isnin.

Hadir mewakili wakil rakyat itu ialah Pegerusi Persatuan Penggerak Kemajuan Kota Padawan, Albert Lee Joo Hee dan Setiausaha Cawangan SUPP Batu Kitang, Gahni.

Kesemua keperluan diagihkan kepada penduduk di Kampung Tematu, Kampung Bumbok dan Batu 41/2. -EDISI UKAS

Share

add comment