30 Pelatih PPDK Sri Ruai Sebuyau Terima Sumbangan

RABU, 28 APRIL 2021

SEBUYAU: Seramai 30 pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Ruai Sebuyau menerima sumbangan daripada Sukarelawan Jalan Sarawak pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil Sukarelawan Jalan Sarawak, Hasmah Bujang.

Program itu adalah merupakan salah satu program Jejak Insani Sukarelawan Jalan Sarawak bagi golongan pelatih kurang bernasib baik di PPDK.

Hasmah memberitahu, sumbangan itu adalah keprihatinan pihak sukarelawan terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) khususnya untuk sambutan bulan Ramadan ini.

Beliau juga berharap sumbangan tersebut dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada mereka.

Selain itu, sumbangan bantuan 30 pek makanan juga telah disampaikan kepada golongan asnaf di kawasan Sebuyau. –EDISI UKAS

Share

add comment