ADUN Lingga Serah Sumbangan Ramadan Kepada Golongan Asnaf

RABU, 28 APRIL 2021

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri menyampaikan sumbangan Ramadan kepada gologan asnaf bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga di Surau Kebahagiaan Kampung Hilir, Simanggang pada Selasa.

Inisiatif Pusat Khidmat DUN Lingga tersebut adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan asnaf termasuk golongan orang kurang upaya, warga emas serta ibu tunggal yang kurang berkemampuan sepanjang bulan Ramadan ini.

Dalam pada itu, beliau telah menyerahkan sumbangan Ramadan kepada 201 orang penerima dalam satu majlis ringkas yang diwakili oleh Ketua Kampung masing-masing bagi kawasan Ladong yang melibatkan Kampung Masjid Baharu, Kampung Datuk, Kampung Haji Undom, Kampung Tanjung Engkabang dan Kampung Tanah Baharu Sembau.

Selain itu, sumbangan bagi kampung-kampung di Maludam juga telah diagihkan pada Selasa.

Manakala, kampung-kampung lain di kawasan DUN Lingga termasuk Kampung Tengah, Kampung Hulu Lemanak, Kampung Lemanak, Kampung Pasir Panas Sri Aman, Kampung Skait, Kampung Pangkat, Kampung Hilir Stumbin, dan Kampung Agropolitan Seduku akan diagihkan mulai 28 April hingga 1 Mei ini. –EDISI UKAS

Share

add comment