ADUN Pantai Damai Lawat Tapak Projek RTP Pangkalan Tetap Kampung Salak

RABU, 28 APRIL 2021

SANTUBONG: Menteri Muda Utiliti Bekalan Air merangkap Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi melawat tapak projek pangkalan tetap Kampung Salak di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memberitahu, sebanyak RM470,000 dana telah diperuntukkan untuk projek tersebut menerusi Program Tranformasi Luar Bandar (RTP).

Menurutnya, pembinaan pangkalan itu sudah lama dirancang dan apabila siap kelak, pangkalan tersebut dipercayai membantu menarik ramai pelancong ke situ.

“Sebagai perkampungan nelayan, kampung Salak mempunyai banyak tarikan khususnya produk pelancongan,” ujar beliau.

Tambah beliau, pangkalan yang akan dibina dalam tempoh lapan bulan itu akan memberi manfaat kepada lebih 500 penduduk di kampung terbabit.-EDISI UKAS

Share
0