ADUN Sebuyau Sumbang Bubur Lambuk & Kurma Kepada Penduduk Kampung Tungkah Melayu

RABU, 28 APRIL 2021

SEBUYAU: Sebanyak 275 bungkusan bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada penduduk Kampung Tungkah Melayu, Sebuyau pada Rabu.

Sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi tersebut telah disampaikan oleh Pemanca Asli Yahya dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ahli Jawatankuasa Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Tungkah Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Kampung Tungkah Melayu mewakili penduduk kampung tersebut merakamkan penghargaan kepada Datuk Julaihi atas sumbangan yang diberikan bersempena dengan bulan Ramadan ini. –EDISI UKAS

Share

add comment