Agihan Bubur Lambuk DUN Sebuyau Di Kampung Sampat Sebangan

RABU, 28 APRIL 2021

SEBUYAU: Sebanyak 133 bungkusan bubur lambuk bersama buah kurma telah diagihkan kepada setiap rumah di Kampung Sampat Sebangan pada Selasa.

Agihan telah disampaikan oleh Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

Meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat dan senyuman kepada penduduk kampung pada bulan mulia ini.

Rata-rata penduduk kampung menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Datuk Julaihi itu atas sumbangan tersebut dan mendoakan agar pandemik COVID-19 segera berakhir.

Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah Petugas Pusat Khidmat DUN Sebuyau, Saini Busamah dan Ketua Masyarakat, Martasan Bujang.-EDISI UKAS

Share

add comment