RABU, 28 APRIL 2021
SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo telah meninjau projek naik taraf jalan dari Simpang 4 Sadong Jaya menuju ke Jambatan Sungai Buluh di sini.
Semasa tinjauan tersebut, beliau berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilaksanakan selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan.
“Laluan tersebut akan dilebarkan sehingga 6.5 meter selaras dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) R4 ‘Standard Road’ apabila siap kelak,” katanya.
Sehubungan itu, Aidel memaklumkan bahawa jalan dari Simpang 4 menuju ke Asajaya juga akan dinaik taraf dalam masa yang terdekat. –EDISI UKAS