Bantuan Khas Aidil Fitri Dan Gawai RM500 Untuk Penjawat Awam Negeri Sarawak

RABU, 28 APRIL 2021

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Aidil Fitri dan Gawai tahun sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada Rabu, Bantuan Khas tersebut akan dibayar pada Mei 2021, iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan Gawai yang akan datang.

Pemberian tersebut adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat khususnya dalam keadaan negeri dan negara menghadapi tempoh pandemik ketika ini.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga berharap pemberian bantuan itu dapat meringankan beban kewangan bagi para pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.-EDISI UKAS

Share

add comment