Petugas Barisan Hadapan Lengkap Suntikan Vaksin COVID-19 Dos Kedua Di Sibu

RABU, 28 APRIL 2021

SIBU: Program suntikan vaksin COVID-19 bagi dos kedua telah dihadiri sekitar 100 orang petugas barisan hadapan di Sibu.

Peserta program yang diadakan di Klinik Kesihatan Lanang pada Rabu itu terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kastam.

Bagi salah seorang penerima, Elxis Kilong, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah menyediakan suntikan vaksin COVID-19 kepada petugas barisan hadapan.

“Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menyediakan vaksin COVID-19 secara percuma ini.

“Saya dan rakan yang lain telah berjaya melengkapkan suntikan vaksin ini bagi dos kedua,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia