PKPD: Bantuan Makanan Basah Kepada Kampung Sileng Dayak

RABU, 28 APRIL 2021

LUNDU : Prihatin dengan nasib penduduk Kampung Sileng Dayak yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini, Pegawai Khas Ahli Parlimen Santubong, Susilawati Hamdan yang mewakili Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah turun padang menyerahkan sumbangan berbentuk makanan basah kepada penduduk tersebut pada Rabu.

Menurut Susilawati, dana sebanyak RM10,800 diperuntukkan untuk sumbangan tersebut yang diagihkan kepada 108 keluarga.

Simbolik penyerahan tersebut telah diserahkan oleh Susilawati kepada Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani. – EDISI UKAS

Share

add comment