Program Imunisasi Kebangsaan Fasa Kedua Daerah Marudi Sasar 186 Individu

RABU, 28 APRIL 2021

MARUDI: Program Imunisasi Kebangsaan Fasa Kedua Daerah Marudi yang bermula pada Ahad hingga 29 April 2021 menyasarkan seramai 186 individu menerima vaksin COVID-19. 

Fasa kedua ini terdiri daripada golongan yang berisiko seperti pesakit buah pinggang, masalah jantung dan pesakit yang dikategorikan sebagai di bawah pemerhatian Hospital Marudi. 

Di Marudi, Hospital Marudi merupakan lakosi yang dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Vaksinasi Kebangsaan Fasa Kedua Daerah Marudi. 

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Hospital Marudi pada Isnin, seramai 48 individu telah menerima vaksin COVID-19.

Pelbagai reaksi dapat dilihat di sepanjang tempoh suntikan vaksin COVID-19 dengan ada di antara mereka yang begitu teruja untuk mendapatkan vaksin dan tidak kurang juga yang bimbang akan keberkesanan vaksin ini kepada mereka. 

Perjalanan pemberian vaksin COVID-19 ini berjalan selepas pihak Hospital Marudi membuat persiapan awal untuk mengelakan penerima suntikan vaksin ini berasa takut dan sesak. -EDISI UKAS

Share

add comment