RABU, 28 APRIL 2021
KUCHING : Seramai 1,150 orang penerima bakal menerima sumbangan dari Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan anak-anak syarikat PUSAKA sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.
Simbolik Penyerahan Sumbangan telah disempurnakan oleh Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh pada Rabu bertempat di Pejabatnya di Wisma Sumber Alam Petra Jaya, Kuching.
Menurut Datu Len Talif Salleh, sumbangan tersebut adalah untuk golongan warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal/balu, anak-anak yatim, mualaf dan golongan kurang berkemampuan.
Katanya, sumbangan untuk meringankan beban dan membantu golongan asnaf itu telah dilaksanakan oleh PUSAKA sejak 20 tahun yang lepas.
Tambah beliau lagi, sumbangan tersebut bukan hanya diberikan pada musim perayaan malah setiap tahun, PUSAKA juga menyediakan peruntukan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosial. –EDISI UKAS